2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat 30 peratus kepada 75,992 unit pada Oktober 2025 daripada 58,490 unit pada September, mencatatkan bulan tertinggi setakat tahun ini, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat 30 peratus kepada 75,992 unit pada Oktober 2025 daripada 58,490 unit pada September, mencatatkan bulan tertinggi setakat tahun ini, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
2bulan ago
ALOR SETAR, 18 Nov (Bernama) -- Prinx Tire (Malaysia) Sdn Bhd (PTM) akan melaksanakan pelaburan kumulatif berjumlah RM2.6 bilion dalam tempoh 15 tahun untuk membangunkan sebuah kilang pengeluaran tayar pintar dan mesra alam di Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, dekat sini.
2bulan ago
Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid
ISTANBUL (TURKIYE), 17 Nov (Bernama) -- Penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Istanbul, Turkiye, mencatat permintaan kukuh bagi kedua-dua hala, dengan penerbangan dari Kuala Lumpur beroperasi pada 81 peratus kapasiti dan penerbangan balik hampir 89 peratus penuh.
2bulan ago
LABUAN, 14 Nov (Bernama) -- Labuan dijangka meraih manfaat ekonomi dan pelancongan jangka masa panjang daripada ketibaan kapal persiaran antarabangsa yang berlabuh di pelabuhannya.
2bulan ago
SEPANG, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengaktifkan pelan tindakan komprehensif (CAP) bermula esok bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan daya tahan sistem Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan masih belum memuktamadkan penglibatan mana-mana syarikat tempatan dalam projek sewaan set kereta api dengan syarikat dari China, kata Kementerian Kewangan (MoF).
2bulan ago
KUALA TERENGGANU, 12 Nov (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu dijangka meningkat kepada RM48.2 bilion menjelang 2040 berbanding RM34 bilion pada 2020 susulan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports sedang menguji Sistem Pengurusan Akses Kenderaan (VAMS) di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap operasi lapangan terbang yang lebih pintar, selamat dan cekap.
2bulan ago
SEPANG, 31 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk melaksanakan pelan tindakan komprehensif bagi menyelesaikan isu kebolehpercayaan berulang yang melibatkan sistem aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Sejumlah 5,149 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam telah dipasang di seluruh negara setakat 30 September, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 22 peratus kepada 58,490 unit pada September daripada 74,479 unit pada Ogos, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).