10hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Singapura memperkukuh komitmen terhadap Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) sebagai tunjang utama hubungan ekonomi dua hala.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pembiayaan dan pelaburan mampan adalah penting untuk mempercepatkan peralihan kemampanan pelepasan Skop 3, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan Kerangka Insentif Baharu (NIF) berkuat kuasa 1 Mac 2026, bermula dengan sektor perkilangan dan diikuti oleh sektor perkhidmatan pada suku kedua 2026, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mahu mengekalkan pengeluaran domestik kira-kira dua juta tong setara minyak sehari (MMboe/d) dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui pelaburan berterusan dalam penerokaan, pembangunan laut dalam dan pemulihan minyak yang dipertingkatkan.
10hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Great Wall Motor (GWM) Malaysia memperkukuh komitmen jangka panjangnya dalam industri automotif negara melalui pelancaran model terbaharu WEY G9 Hi4 PHEV (WEY G9), dipasang secara tempatan (CKD) bagi menyokong pemindahan teknologi dalam segmen kenderaan tenaga baharu.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Anak syarikat MCE Holdings Bhd (MCE), iaitu Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd dan MCE Hengtuo Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM37.9 juta daripada pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM250.16 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, menyusut daripada RM310.12 juta pada tahun sebelumnya berikutan penurunan dalam jumlah dagangan sekuriti.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus memudah cara hubungan erat pemula niaga dengan pelabur menerusi langkah menggalakkan kerjasama industri-pemula niaga dalam sektor berimpak tinggi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak mengubah hala tuju dasar nuklear negara, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Projek perlombongan Malaysia-Perancis di antara Malaco Mining Sdn Bhd dengan pakar penapisan dan kitar semula nadir bumi Perancis, Carester memasuki fasa kilang perintis untuk perlombongan dan penapisan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat pelaburan VentureTech Sdn Bhd melabur dalam firma teknologi pendidikan (edtech) Tymba Education Group yang mengkhususkan dalam kelayakan perakaunan dan kewangan profesional.
11hari ago
SHAH ALAM, 28 Jan (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) menyasarkan jualan sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026, didorong oleh pelan hala tuju teknologi masa depannya yang komprehensif.