12hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd melonjak kepada RM30.76 juta pada suku kedua berakhir 28 Feb 2026 berbanding RM30.28 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Hextar Capital Bhd, melalui anak syarikatnya, Legacy Core Sdn Bhd, meraih subkontrak bagi Projek Kem Kabota di Tawau, Sabah dengan nilai kontrak RM75.9 juta.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia stabil pada separuh kedua 2025 berikutan kelemahan awal, dengan peningkatan beransur-ansur dijangka pada separuh pertama 2026, kata Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) hari ini memeterai perjanjian lanjutan operasi, kemudahan dan pengurusan serta perjanjian pemajakan bertujuan mengukuhkan lagi operasi pelabuhan dan perkhidmatan maritim di pulau bebas cukai itu.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pelaburan Intel di Malaysia bakal berkembang dengan kompleks pembungkusan termaju dan pembuatan pemasangan akan bermula operasi pada lewat tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
14hari ago
KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- AirBorneo mengekalkan tambang penerbangan tidak berubah walaupun kos bahan api global melonjak memandangkan syarikat penerbangan itu lebih mengutamakan sambungan berharga rendah untuk komuniti di Sarawak dan Sabah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin.
14hari ago
KUCHING, 16 Mac (Bernama) -- AirBorneo merancang melancarkan operasi jet serantau dari Kuching pada Julai ini menggunakan tiga pesawat Boeing 737-800 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas rangkaian penerbangan syarikat itu di luar jaringan sedia ada.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia berkata Pharmaniaga Bhd akan dikeluarkan daripada status PN17 berkuat kuasa 9 pagi esok.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalin kerjasama strategik untuk memperkukuh kerjasama dalam penyelesaian tenaga hijau dan membangunkan infrastruktur tenaga dan telekomunikasi yang lebih pintar, mampan dan saling berhubung di seluruh negara.
15hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Ketika Formula 1 (F1) membuka kalendar 2026 bermula di Melbourne, Australia dari 6 hingga 8 Mac, sukan permotoran itu kini menghadapi cabaran geopolitik yang paling sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan minyak mentah dan produk yang pelbagai, serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).
16hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan penyelarasan harga melalui Mekanisme Harga Automatik (APM) dilihat sebagai instrumen kritikal dalam menghadapi turun naik harga minyak dunia bagi menjamin kelangsungan bekalan bahan api negara.