18hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah dan Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) tidak menolak kemungkinan untuk mengenakan satu lagi pusingan tarif ke atas negara-negara ASEAN sekiranya rundingan perdagangan gagal membawa hasil yang memuaskan kepada Washington.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) kekal sebagai rakan kongsi penting dalam memajukan integrasi dan daya tahan ekonomi ASEAN, disokong oleh aliran perdagangan dan pelaburan yang kukuh, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Integrasi Tenaga (PIP) Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) dan cadangan grid Semenanjung dan Borneo akan menjadi model bagi usaha ASEAN ke arah rangkaian tenaga serantau yang bersambung sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
18hari ago
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- New Zealand menggambarkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) yang dipertingkatkan sebagai model kukuh bagaimana kedua-dua negara dan kumpulan berkenaan menangani cabaran ekonomi semasa secara praktikal dan progresif.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia berminat untuk belajar daripada pengalaman Kesatuan Eropah (EU) dalam mewujudkan grid tenaga seiring dengan langkah ASEAN meningkatkan usaha untuk merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka dimuktamadkan tahun depan, dengan peringkat akhir rundingan akan diteruskan tidak lama lagi, kata Pesuruhjaya Perdagangan EU Maroš Šefčovič.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Negara-negara Asia Timur (EPC) mencadangkan inisiatif untuk mengekalkan kemakmuran ekonomi rantau ini dalam persekitaran ketidaktentuan global, kata Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia Don Farrell.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan bagi Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan timbal balas yang sedang dirundingkan.
19hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia dan ASEAN meneguhkan komitmen terhadap perdagangan berasaskan peraturan dan multilateral, di samping memperkukuh kerjasama lebih erat dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha memacu kemakmuran sejagat.
19hari ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sedang berusaha mencapai semakan menyeluruh perjanjian pada 2027 untuk memastikan perkongsian itu kekal relevan di tengah-tengah perubahan landskap ekonomi global.
19hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Perundingan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN-Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AEM-USTR) menyatakan sokongan terhadap kerjasama berterusan antara Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dan ASEAN, khususnya dalam memperkukuh penglibatan dalam ekonomi digital.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Sekretariat Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sedang dipertimbangkan untuk menjadikan perjanjian perdagangan terbesar dunia itu lebih relevan dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.