1hari ago
KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), syarikat berkaitan kerajaan Terengganu, menjalin kerjasama strategik dengan Begas Energy Sdn Bhd yang berpangkalan di Sabah menerusi anak syarikatnya, EPIC OG Sdn Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 36 syarikat berstatus dorman yang mencatat liabiliti bersih berjumlah RM1.248 bilion memerlukan sokongan berterusan daripada kerajaan, agensi atau syarikat induk bagi menyelesaikan obligasi kewangan masing-masing, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin menjejaki kenaikan niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah perdagangan yang rendah susulan cuti umum di China dan Jepun.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan pendirian optomistiknya yang berhati-hati mengenai tinjauan perdagangan Malaysia, dan percaya bahawa momentum perdagangan akan berterusan selepas cetakan eksport yang kukuh pada Januari.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku keempat tahun kewangan 2025 (S4 2025) meningkat 11.9 peratus tahun ke tahun, didorong oleh unjuran pendapatan bukan faedah (NOII) yang lebih positif.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Future Rock Sdn Bhd (FRSB) telah memperoleh kontrak bernilai RM502.27 juta untuk pelaksanaan dan penyiapan kerja-kerja penambakan serta pengerukan untuk Pembangunan Seri Tanjung Pinang (Fasa 2B dan 2C) (STP2) daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Untung bersih Kossan Rubber Industries Bhd melonjak kepada RM151.31 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, berbanding RM118.34 juta pada tahu sebelumnya.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion dan mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV), sektor automotif Malaysia meningkat 28.7 peratus tahun ke tahun kepada 64,298 unit pada Januari 2026, didorong peningkatan lebih tinggi dalam segmen kenderaan penumpang dan komersial, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kedudukan aset bagi 143 daripada 145 Agensi Persekutuan meningkat 5.5 peratus kepada RM2.838 trilion pada 2024 berbanding RM2.690 trilion bagi tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
1hari ago
KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh milik kerajaan negeri Sarawak yang baharu, AirBorneo, menjalin kerjasama dengan IBM Malaysia Sdn Bhd untuk membangunkan penyelesaian data dan automasi berasaskan kecerdasan buatan (AI).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan penuh struktur cukai nilai pasaran terbuka (OMV) bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) tidak akan membebankan golongan B40 dan M40, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.