11hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Dasar jelas, pembaharuan berterusan kerajaan dan faktor luaran merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kukuh ringgit ke paras tertinggi yang kali terakhir dilihat pada 2018, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Teamstar Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Feb, 2026, menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM34.32 juta menerusi langkah tawaran awam permulaan (IPO).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Jumlah pinjaman skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) mencecah RM4.9 billion setakat 31 Dis 2025, dan dijangka kekal 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
11hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Rancha Power Sdn Bhd hari ini mencatat satu pencapaian penting dalam pembangunan tenaga di Labuan menerusi majlis pecah tanah pembinaan loji jana kuasa berasaskan gas baharu berkapasiti 120 megawatt (MW).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jualan eksport sebanyak RM45.4 bilion daripada hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara pada 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
12hari ago
GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih pengeluar penebat tersenarai di Pasaran Utama, PGF Capital Bhd menyusut kepada RM4.56 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Nov 2025 berbanding RM6.24 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2024.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd (EHB) meraih kontrak bernilai RM21.9 juta untuk melaksanakan kerja-kerja hiasan dan penyediaan dalaman bagi pembangunan komersial bercampur 50 tingkat di Kuala Lumpur.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Harga emas dijangka disemak naik, dengan unjuran meningkat kepada US$5,600 bagi setiap auns menjelang akhir 2026, menokok daripada unjuran sebelumnya US$4,800, yang mencerminkan perkembangan terkini dan daya tahan lebih kukuh berbanding jangkaan, kata OCBC Group Research.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lebih 120 syarikat makanan dan minuman (F&B) Malaysia menyertai pameran Gulfood 2026 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 26-30 Jan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) dalam usaha memperkukuhkan lagi perancangan dan pemantauan keterangkuman digital secara lebih menyeluruh.
13hari ago
BAGAN DATUK, 25 Jan (Bernama) -- Syarikat pengeluar produk makanan agro QL Foods Sdn Bhd (QL Foods) membangunkan taman industri makanan, QL Innofood Park di Hutan Melintang di sini dengan pelaburan strategik sebanyak RM1.3 bilion.
13hari ago
CHENNAI, 25 Jan (Bernama) -- ManageEngine yang juga unit teknologi maklumat (IT) Zoho Corporation, merancang untuk membuka sebuah pusat data di rantau ASEAN pada tahun ini.