8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Jumlah aset sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) melonjak kepada rekod tertinggi US$7.055 bilion, berikutan pelaksanaan terbitan dan terbitan semula sebanyak US$975 juta (US$1=RM3.97).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 meningkat 56 peratus kepada RM118.41 juta berbanding RM75.71 juta dalam tempoh sama tahun lepas berikutan sumbangan yang lebih tinggi daripada keseluruhan segmen operasi.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengekalkan kedudukan Pusat Pengalaman Memandu (DEC) yang baru siap sebagai fasiliti bertaraf premium walaupun penggunaannya pada peringkat awal masih sederhana.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia menyasarkan pemuktamadan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA), yang dilihat sebagai platform untuk memperkukuh hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (SMT) mengumumkan pembesaran Terminal Bahan Api Shell Westports yang akan memperkenalkan infrastruktur import baharu merangkumi tiga tangki tambahan bagi petrol dan diesel.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM233.2 juta pada minggu lepas di tengah-tengah penjualan asing yang berterusan di seluruh pasaran ekuiti serantau.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MKH Bhd berhubung kenaikan harga dan jumlah dagangan saham syarikat itu baru-baru ini.
12hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
ALMETYEVSK (Rusia), 14 Mei (Bernama) -- Tatneft, antara lima syarikat minyak terbesar di Rusia, terbuka untuk meneroka potensi kerjasama dalam petrokimia, penapisan dan inisiatif tenaga mampan dengan Petronas.
12hari ago
Daripada Mohd Khairi Idham Amran
NEW DELHI (India), 14 Mei (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan India merentasi beberapa sektor berpotensi tinggi, termasuk semikonduktor, tenaga boleh baharu, pembangunan sumber manusia dan pelancongan, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa.
12hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat penyusutan kecil pada akhir dagangan Khamis, diheret turun oleh prestasi saham-saham perbankan susulan tindakan pelabur mengambil untung masing-masing berikutan peningkatan sebelum ini.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Agrobank menyatakan komitmennya untuk memastikan pelaksanaan inisiatif bantuan kewangan tambahan menerusi Kemudahan Bantuan Kestabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), memberi manfaat maksimum kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berdepan cabaran ekonomi global.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd (Public Bank) meningkat sedikit kepada RM1.75 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2026 daripada RM1.74 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, disokong oleh pengembangan berterusan dalam portfolio pinjaman dan depositnya.