7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Agensi Malaysia memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun sempena Minggu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka untuk memajukan kemampanan, inovasi dan akses pasaran meliputi sektor komoditi utama.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Jepun dan Malaysia bersedia untuk bersama-sama mencipta ekosistem ruang angkasa yang lestari dan berdaya komersial.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) memanfaatkan kewangan Islam untuk mempercepat transformasi perindustrian negara, khususnya dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti pembuatan termaju, teknologi hijau, ekonomi digital dan industri halal.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Unison Technology & Manufacturing (M) PLT memperkenalkan sistem sarang modular dan inisiatif latihan untuk memperkukuh industri penternakan lebah kelulut serta meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar di Malaysia, selaras dengan penyertaan negara dalam Ekspo 2025 Osaka.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Halal International Selangor (HIS), sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated, sedang membantu membentuk sempadan halal seterusnya, bukan sekadar satu standard tetapi sebagai enjin pemacu akses pasaran, inovasi dan pertumbuhan inklusif.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mencatatkan potensi pelaburan bernilai RM4.68 bilion dari Jepun di Expo 2025 Osaka.
8bulan ago
Daripada Karina Imran
OSAKA, 31 Mei (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) untuk bekerjasama dalam pembangunan tenaga boleh baharu (RE), mempertingkatkan infrastruktur tenaga rentas sempadan dan bertukar-tukar pengetahuan teknikal.
8bulan ago
OSAKA, 31 Mei (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan melebihi RM8 bilion dan memeterai 20 memorandum persefahaman (MoU) melalui penyertaan dalam Ekspo 2025 Osaka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8bulan ago
Daripada Karina Imran
OSAKA, 30 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual melakukan pembukaan rasmi Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka, Jepun, esok.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyokong pendekatan kerajaan yang menyeluruh dalam mencapai potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM13 bilion di Ekspo 2025 Osaka, Kansai, Jepun.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) sedang membangunkan ekosistem bersepadu yang merapatkan jurang antara inovasi dan kemampanan, memperkukuh ekonomi luar bandar dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembangunan hijau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Jepun mencatatkan pencapaian baharu dalam perkongsian bioekonomi hijau apabila memeterai tiga perjanjian strategik bernilai RM1.34 bilion pada 12 Mei di Ekspo 2025 Osaka, Jepun.