1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit, di samping mata wang pesat membangun yang lain, terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketidaktentuan dasar Trump 2.0 dan kesannya terhadap dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 14 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Kota Tinggi, Johor.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi hab pembungkusan pengeluaran di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Reed Exhibitions (RX) China Josephine Lee.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Tema Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-31 (AELW) 2024, “Empower, Include, Grow”, selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus komited menyokong pengembangan perniagaan syarikat peringkat pertengahan (SPP) tempatan ke rantau lain yang berpotensi termasuk Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd akan terus melabur dalam syarikat pemula walaupun mengalami kerugian dalam syarikat perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet Sdn Bhd, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan kedudukan strategik Hong Kong sebagai pintu masuk untuk menubuhkan dan mengembangkan sayap mereka di Greater Bay Area (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macao.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Peru menegaskan komitmen kukuh mereka terhadap multilateralisme, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai teras, serta berkongsi pandangan yang sama mengenai kepentingan memperkukuh institusi multilateralisme untuk menangani cabaran global dan serantau.
1tahun ago
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.
1tahun ago
Daripada M.Saraswathi
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Malaysia berharap dapat menyumbang dalam usaha pembangunan infrastruktur di Pelabuhan Chancay yang terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Lima, ibu negara Peru, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.