3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Rabu, didorong pembelian semasa harga murah di seluruh papan, didahului kaunter berwajaran tinggi terutama melibatkan produk pengguna, telekomunikasi dan perladangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Rabu, didorong petunjuk daripada Wall Street yang tidak menentu apabila pelabur menilai perkembangan terkini berkaitan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong kelemahan mata wang negara maju itu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi isyarat yang cenderung kepada kadar faedah rendah.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalaman Wall Street.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen pasaran tempatan yang bertambah baik, disokong oleh kenyataan positif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan perubahan dalam dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan pasaran global apabila harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa iaitu US$4,100 satu auns.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebuah syarikat baharu muncul dalam industri media dan pemasaran negara menerusi pelancaran rasmi Mahsia Media Group Sdn Bhd semalam, sebuah firma perunding komunikasi jenama yang diasaskan oleh Datuk Dr Calvin Khiu.
3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Dunia mengiktiraf usaha kerajaan untuk melindungi kemampanan fiskal jangka panjang Malaysia, bagaimanpun mengekalkan pendirian berhati-hati terhadap perbelanjaan pembangunan (DE) yang lebih rendah digariskan dalam Belanjawan 2026.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan ketara, terutamanya sektor kewangan, pengangkutan dan telekomunikasi selain kesan prestasi Wall Street yang suram.
3bulan ago
Daripada Niam Seet Wei
OSAKA, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia mengakhiri penyertaan enam bulan di acara Expo 2025 Osaka dengan memberangsangkan apabila meraih potensi perdagangan dan pelaburan berjumlah RM24.45 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur terus cenderung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu manakala perkembangan positif dalam negara selepas pembentangan Belanjawan 2026 membantu mengimbangi tekanan tersebut.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia dijangka menerima kesan positif daripada Belanjawan 2026, memandangkan ketiadaan kejutan negatif atau langkah cukai baharu yang boleh meningkatkan kos perniagaan, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.