1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-11 berturut-turut dengan jumlah belian bersih ekuiti domestik bernilai RM304.0 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Dagangan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak menentu iaitu di antara AS$2,640 dan AS$2,700 setiap auns troy minggu depan, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar US minggu depan, kekal dalam julat sempit minggu depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu depan berikutan pelabur bersiap sedia untuk memulakan 2025 dengan pendekatan berhati-hati, selain tumpuan kepada Hari Pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 20 Januari, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mengekalkan mata wang AS itu pada paras tertinggi dalam tempoh hampir dua tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari kedua terakhir 2024 dengan prestasi positif, dipacu momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului Maybank dan Petronas Chemicals ketika institusi tempatan memperelok akaun menjelang akhir tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan terus memberikan sokongan kepada Bursa Malaysia untuk minggu ke-10 berturut-turut, dengan belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM416.9 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka menunjukkan penurunan minggu depan ketika tempoh terakhir dagangan tahun ini dan permulaan dagangan 2025, dengan pergerakan mungkin berada dalam julat antara 4.47 hingga 4.50.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan trajektori peningkatannya pada minggu depan, dipacu oleh aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun selain sokongan sentimen positif pada masa ini, kata UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd.