10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan penyusutan hari ini ketika pasaran getah serantau mengalami isyarat bercampur-campur memandangkan perubahan dasar tarif mencetuskan ketidaktentuan dan meningkatkan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan melibatkan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Status Malaysia sebagai negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif yang sedang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- AmBank (M) Bhd telah memberikan kemudahan pembiayaan kepada Worldwide Stainless Sdn Bhd, sekutu Yankong Group untuk pengambilalihan Bahru Stainless Sdn Bhd dari Acerinox S.A, Sepanyol pada harga RM1.06 bilion.
10bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Rabu sejajar dengan trend penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama empat hari berturut-turut untuk dibuka tinggi pada Rabu, disokong oleh pembelian semasa harga murah tertentu dalam pasaran domestik.
10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa disokong faktor makroekonomi yang lebih luas meskipun pelaksanaan tarif AS memberi impak kepada pasaran global.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perang perdagangan.
10bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pasaran mata pertukaran wang asing memasuki minggu ini dengan keadaan sangat berwaspada serta bergelut dengan situasi tunggu dan lihat menjelang penguatkuasaan tarif AS oleh Presiden Donald Trump esok, kata seorang penganalisis.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari ketiga berturut-turut hari ini memandangkan pelabur terus berhati-hati menjelang pengumuman mengenai dasar perdagangan utama daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mungkin mencatatkan julat kecil apabila pelabur menilai perkembangan ekonomi utama, menurut penganalisis.
10bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain apabila sentimen pelabur terjejas susulan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
10bulan ago
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Isu berkaitan rancangan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) antara perkara akan dibincangkan pada sesi Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 hari ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.