Terdapat 2090 berita berdasarkan kata kunci carian " turun"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan pelabur menyambut baik penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang kedua pada tahun ini.

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Rendah Menjelang Keputusan Kadar Faedah Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah hari ini susulan para pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat yang dijangka diumumkan malam ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung kebanyakannya dalam saham produk pengguna, perladangan dan utiliti.

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bercampur-campur dalam dagangan awal pada Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, didorong oleh sentimen pelabur yang lebih baik susulan Sidang Kemuncak ASEAN yang baru berakhir dan sejajar dengan kenaikan semalaman di Wall Street.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan pada Rabu, dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh sentimen positif susulan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur, kata seorang penganalisis.

BNM, Perbendaharaan AS Terus Bincang Mengenai Isu Makroekonomi, Forex

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk meneruskan perbincangan dengan lebih rapat mengenai isu makroekonomi dan pertukaran mata wang asing (Forex).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung Di Pasaran Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih rendah, seiring aktiviti pengambilan untung di serata pasaran serantau selepas peningkatan baru-baru ini serta di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal pada Selasa bagaimanapun turun daripada kenaikan awal susulan pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan baru-baru ini walaupun terdapat petunjuk positif daripada pasaran global.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

 KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh perjanjian perdagangan AS-Malaysia baru-baru ini yang telah meningkatkan minat terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap permintaan yang lebih lembap untuk komoditi itu, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.