BERITA TERKINI   Dua PPS tempatkan mangsa kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang ditutup hari ini - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi | Bekas KP Perisikan Pertahanan Datuk Mohd Razali Alias didakwa terima suapan US$20,000 dan bayaran tiket penerbangan RM64,600 | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bercampur-campur dalam dagangan awal pada Rabu.

Pada 9.43 pagi, kontrak Oktober 2025 turun satu mata kepada 1,616.5, November 2025 susut dua mata kepada 1,615.0, Disember 2025 merosot 1.5 mata kepada 1,613.5, manakala Mac 2026 menambah dua sen kepada 1,598.5.

Jumlah dagangan sebanyak 14,579 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 65,577 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 0.58 mata kepada 1,612.98 selepas 46 minit dagangan berbanding 1,613.56 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA