BERITA TERKINI   Dua premis disiasat susulan pencemaran bau di Sungai Kabul, Semenyih - MB Selangor | 

Terdapat 370 berita berdasarkan kata kunci carian " perkukuh"

Taiwan Cari 10,000 Jurutera Setiap Tahun Bagi Perkukuh Industri Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taiwan sedang mencari 10,000 jurutera semikonduktor dan industri berkaitan setiap tahun bagi menyokong peranannya sebagai hab utama industri semikonduktor, dengan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) menjadi pemain utama industri berkenaan.

BIMP-EAGA Perlu Terus Perkukuh Kerjasama Tangani Jurang Pembangunan

KOTA KINABALU, 16 Okt (Bernama) -- Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) perlu terus memperkukuh kerjasama menangani jurang pembangunan, kata Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Sambung Runding FTA Dengan EU, Perkukuh Dagangan Intra-ASEAN, Strategi Hadapi Kancah Geopolitik

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selain mahu menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU), Malaysia juga telah mengemukakan permohonan menyertai BRICS dan sedang berbincang dengan kalangan negara ASEAN untuk memperkukuh perdagangan.

Strategi Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN Pada 2025 Perkukuh Rantaian Nilai Serantau

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia telah menggariskan tiga strategi untuk ASEAN apabila ia mengambil alih jawatan pengerusi perkumpulan tersebut pada 2025, termasuk mengukuhkan rantaian nilai serantau dan kerjasama kawal selia.

Malaysia Fokus Perkukuh Kerjasama Ekonomi, Pacu Pelaburan Baharu Di ASEAN - Tengku Zafrul

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE (LAOS), 7 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kerjasama ekonomi di ASEAN selain merangsang perdagangan dan pelaburan serantau pada Sidang Kemuncak ASEAN-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula di Laos, esok.

Industri Semikonduktor Malaysia Perlu Dipelbagaikan Bagi Perkukuh Kedudukan Global

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia perlu dipelbagaikan dan tidak terlalu bergantung kepada syarikat multinasional dan keupayaan pembuatan untuk memperkukuh kedudukannya di pasaran global, terutama dalam menghadapi potensi gangguan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kilang Baharu Schott Di Kedah Perkukuh Malaysia Sebagai Hab Pembuatan Global

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kemudahan pengeluaran canggih Schott Glass Malaysia Sdn Bhd di Kulim, Kedah, mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan global untuk penyelesaian kaca khusus mewah, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Terima Guna Piawaian Audit Dalaman Global Perkukuh Kelebihan Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Penerimagunaan Piawaian Audit Dalaman Global baharu yang ditetapkan berkuat kuasa pada 9 Jan, 2025 akan memperkukuh daya saing Malaysia, menurut Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIA Malaysia).

MPM Perkukuh Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan Bagi Tingkat Operasi Pelabuhan

LABUAN, 25 Sept (Bernama) -- Pengendali pelabuhan kontena Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk memastikan operasi pelabuhan berjalan lancar.

CAAM Harus Perkukuhkan Keupayaan Untuk Tangani Cabaran Penerbangan Global - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus terus meningkatkan keupayaannya untuk menambah baik dari segi keselamatan dan kapasiti, memastikan ia dapat menghadapi cabaran serantau dan global yang muncul.