7bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil pada minggu depan, di tengah-tengah aktiviti menambah stok simpanan mengimbangi harga, permintaan suram serta sentimen yang tidak menentu.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Ukraine membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala apabila membincangkan sektor-sektor utama seperti pertanian, aeroangkasa, minyak sawit mampan, peranti perubatan dan pelancongan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) Malaysia-Ukraine hari ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas didorong oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidaktentuan yang menyelubungi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.
7bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya terus menjejaskan sentimen, kata peniaga minyak sawit.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah, menjejaki prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau dan di Wall Street dalam keadaan dagangan yang berhati-hati.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia meningkat selepas lima hari mencatatkan penurunan berikutan wujud minat baharu dengan pelabur membeli saham wajaran tinggi yang mengalami penurunan harga yang ketara baru-baru ini.
7bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam mod mendatar minggu depan, dengan permintaan dan harga kekal rendah, menurut pakar industri Denis Low.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi yang terkawal pada 2.0 hingga 3.0 peratus amat penting bagi ekonomi negara untuk terus berkembang kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib hari ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Rabu, dipacu minat belian baharu susulan ketegangan di Timur Tengah dan ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 5.0 peratus untuk 2024 selain menjangkakannya menjadi sederhana kepada 4.8 peratus pada 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit disebabkan kebimbangan berterusan terhadap ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, ketidaktentuan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) serta kadar pemotongan faedah AS yang lebih perlahan, kata penganalisis.