BERITA TERKINI   PM Anwar galak keterlibatan lebih erat antara Pakistan dan ASEAN pada masa hadapan | Malaysia jemput Australia sertai Pameran MIHAS pada September, selaras potensi besar kerjasama ekonomi halal - PM Anwar | Malaysia-Australia dijangka meterai MoU baharu sektor pendidikan pada Mesyuarat Tahunan Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Australia Ketiga, Oktober ini -- Anwar | Malaysia hargai sokongan China terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN berhubung Myanmar - PM Anwar | Isu penswastaan MAHB: PAC akan panggil semula beberapa saksi, termasuk mantan pengarah bebas - Mas Ermieyati | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit disebabkan kebimbangan berterusan terhadap ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, ketidaktentuan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) serta kadar pemotongan faedah AS yang lebih perlahan, kata penganalisis.

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut kepada US$2,738.70 setiap auns troy daripada US$2,741.40 setiap auns troy pada Isnin, manakala November 2024 turun kepada US$2,753.70 setiap auns troy daripada US$2,756.40 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$2,761.80 setiap auns troy daripada US$2,764.50 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 30 lot daripada 14 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 48 kontrak daripada 38 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 21 Okt, harga emas fizikal berada pada US$2,736.45 setiap auns troy.

-- BERNAMA