BERITA TERKINI   Pemangku PM Thailand Phumtham Wechayachai tiba di Malaysia untuk pertemuan khas bincang pertikaian sempadan dengan Kemboja - NBT | Bantuan Musim Tengkujuh diteruskan tahun ini - TPM Ahmad Zahid | Peserta Program Tuisyen Rakyat RISDA yang cemerlang SPM 2024 dapat insentif khas RM300 - Ahmad Zahid | Bank Negara semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2025 kepada 4-4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5-5.5 peratus | Pertikaian sempadan Kemboja-Thailand: Menteri Luar ASEAN sokong usaha Pengerusi ASEAN memudah cara kedua-dua pihak untuk sambung semula dialog, hentikan pertempuran | 

Terdapat 3725 berita berdasarkan kata kunci carian " negara"

PKNS Peruntuk RM0.5 Juta Bantu Usahawan Sertai Ekspo Peringkat Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan lebih RM0.5 juta tahun ini bagi membantu usahawan berpotensi menyertai ekspo peringkat antarabangsa di dalam negara untuk mengembangkan perniagaan mereka.

MIDA Bekerjasama Dengan MIER Kukuhkan Iklim Pelaburan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mewujudkan kerjasama strategik bagi meningkatkan iklim ekonomi dan pelaburan Malaysia melalui penyelidikan, analisis dan kerjasama yang dipacu oleh data.

Malaysia, Kemboja Lancarkan Jalinan Pembayaran QR Rentas Sempadan - BNM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia (NBC) melancarkan jalinan pembayaran QR (respons pantas) rentas sempadan antara Kemboja dengan Malaysia.

OPR Dijangka Kekal Pada 3.00 Peratus Meskipun Fed Mungkin Turunkan Lagi Kadar - Rakuten

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mungkin menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi tahun ini.

Rakuten Trade Naikkan Sasaran FBM KLCI Cecah 1,780, Dahului Prestasi Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Firma pembrokeran Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras 1,780 menjelang akhir tahun ini yang juga peningkatan berbanding unjuran Julai di paras 1,730.

Skim Tanaman Semula Sawit Cecah RM45 Juta, Meliputi 6,724 Hektar - MPOB

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini sejajar dengan pasaran serantau berikutan sentimen belian yang lebih baik selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penurunan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan.

AirAsia Rancang Perluasan Operasi Di Indonesia Timur Menerusi Laluan Baharu

Daripada Soraya Jamal

BALI, 19 Sept (Bernama) -- AirAsia merancang untuk mengembangkan rangkaiannya di Indonesia, terutamanya di Nusa Tenggara Timur, wilayah paling selatan negara tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Perdagangan Naik 18.6 Peratus kepada RM252.65 Bilion Pada Ogos, Kadar Terpantas Dalam Tempoh 22 Bulan

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi memberangsangkan, meningkat 18.6 peratus tahun ke tahun kepada RM252.65 bilion, kadar terpantas dalam tempoh 22 bulan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Industri Kenaf Perlu Lebih Galakan Kerajaan Untuk Terus Membangun - Chan

CYBERJAYA, 19 Sept (Bernama) -- Industri kenaf memerlukan lebih banyak bantuan daripada kerajaan agar terus membangun dan menggalakkan lebih banyak pekebun kecil menceburi penanamannya untuk menjana nilai berganda kepada ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian walaupun terdapat keputusan penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

HDC Kaji Insentif Baharu, Galak Pelaburan Asing Sektor Industri Halal

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Halal Development Corporation (HDC), bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sedang merangka dan mengkaji untuk memperkenalkan insentif baharu bagi menggalakkan pelaburan asing dalam sektor industri halal.