Terdapat 783 berita berdasarkan kata kunci carian "mada"

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$119.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$119.9 bilion (US$1=RM4.24) pada 13 Jun 2025 daripada US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025.

Agenda Pembaharuan Ekonomi MADANI Buahkan Hasil - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Agenda pembaharuan Ekonomi MADANI yang dilaksanakan kerajaan kini telah membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Tumpu Jadi Hab Aeroangkasa Dan Pembinaan Kapal Serantau

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia mengukuhkan sasarannya untuk menjadi hab aeroangkasa dan pembinaan kapal serantau dengan memanfaatkan pelaburan bernilai tinggi, keupayaan teknikal dan kedudukan geostrategik negara untuk meningkatkan profil perindustriannya bagi dekad akan datang.

Gula Bertapis Kekal Tidak Dikenakan Cukai Di Bawah Semakan SST - MOF

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Hab Inovasi Aset Digital BNM Pemangkin Agenda Ekonomi Digital Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Hab Inovasi Aset Digital yang dilancarkan semalam menjadi langkah penting dalam usaha berterusan Bank Negara Malaysia memastikan sistem kewangan kalis masa depan selain memangkin sokongan agenda ekonomi digital negara.

Lawatan TPM Fadillah Ke Uzbekistan, Rusia Perluas Jaringan Strategik Sektor Tenaga, Air

TASHKENT, 20 Jun (Bernama) -- Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa.

Instrumen Kewangan Perlu Diperkasa Untuk Pembangunan Negara - Pensyarah

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Selain zakat, sistem kewangan Islam mempunyai beberapa kaedah pengumpulan harta awam untuk digunakan bagi kepentingan yang ditetapkan oleh syarak, demikian menurut seorang pensyarah sebuah universiti tempatan.

Ruang Penjanaan Hasil Masih Sempit, Peluasan Cukai Diperlukan Untuk Kelanjutan Fiskal - PMO

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ruang penjanaan hasil masih sempit dan peluasan cukai diperlukan demi memastikan kelanjutan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

TNG Digital Perkenal Kemudahan Bayaran Digital Bagi Peniaga PKS, Mikro

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd kini memperluaskan sokongan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kalangan peniaga bebas yang beroperasi di pasar, gerai serta ruang awam menerusi mekanisme pembayaran digital mudah diakses dan dimanfaatkan.

Malaysia Ketengah Pembaharuan Penjagaan Kesihatan, Kewangan Di Simposium Sasana 2025

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Simposium Sasana 2025 Bank Negara Malaysia (BNM) yang berakhir hari ini, menjadi pentas bagi penegasan keperluan semasa dan mendadak untuk tindakan bersama  memangkin pembaharuan struktur demi melonjakkan daya tahan Malaysia dalam jangka panjang.

Kehadiran, Pelaburan Syarikat Global Utama Jamin Kemampanan Tenaga Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kehadiran dan pelaburan syarikat-syarikat utama seperti syarikat minyak terkemuka Amerika Syarikat (AS) ConocoPhillips amat penting dalam menjamin kestabilan serta kemampanan tenaga negara. 

MDEC Bantu Pacu Aspirasi Johor Jadi Hab Digital Asia - Fadzli

ISKANDAR PUTERI, 18 Jun -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Johor untuk menjadi hab digital Asia melalui pelbagai inisiatif strategik dan kerjasama antara agensi.