Terdapat 1121 berita berdasarkan kata kunci carian " september"

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan menjelang laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada Jumaat depan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, disokong oleh tinjauan positif dalam pasaran tunai, menurut seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang agak lemah, kata seorang peniaga.

CIMB Jangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 September, 2025.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Data Inflasi AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi menjelang pengeluaran data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) lewat malam ini. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Prestasi Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Ahli Ekonomi AmBank Unjur Ringgit Cecah 4.27 Menjelang Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Nilai ringgit diunjur mencecah paras 4.27 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025 susulan peningkatan kecil pengukuhan mata wang negara maju itu selain pengurangan sokongan daripada akaun dagangan Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan berikutan aktiviti pengambilan untung disebabkan kekurangan pemangkin tempatan baharu walaupun prestasi Wall Street semalaman adalah positif.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Kenaikan Di COMEX AS

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki peningkatan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.  

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pasaran Minyak Sayuran Global Yang Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini, selari dengan kelemahan keseluruhan dalam pasaran minyak sayuran global, kata seorang penganalisis.

TNB Pacu Pembinaan Negara Dan Perkasakan Komuniti, Keputusan Separuh Pertama 2025 Beri Ganjaran Pemegang Saham Dengan Dividen RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangannya bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, dengan penekanan terhadap pengukuhan peranannya dalam membangunkan negara dan menyokong komuniti, di samping memberikan pulangan mampan kepada pemegang saham.