26hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan pelabur mengambil keuntungan berikutan prestasi kukuh semalam, manakala pasaran lebih luas kekal pada kedudukan lebih kukuh, menjejaki petunjuk semalaman yang positif daripada Wall Street.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan pelantikan Mahathir Nor Ismail sebagai Ketua Pegawai Kanan Rangkaian (SCNO) manakala Datuk Muhamad Nazri Pazil sebagai Ketua Pegawai Kanan Strategi & Kelestarian (SCSSO) berkuat kuasa 1 Jan, 2026, susulan pembentukan dua jawatan itu.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia pulih dan kekal stabil menjelang akhir tahun, disokong oleh penilaian menarik dan pemulihan pendapatan meskipun kegawatan perdagangan global yang tercetus akibat tarif Amerika Syarikat (AS) serta penutupan kerajaan berpanjangan yang menjejaskan sentimen pelabur.
29hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Penilaian positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa dasar makroekonomi dan kewangan negara yang berhemat memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan, kata ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3), yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerbitkan Panduan Pembiayaan Mampan dan Peralihan (STFG).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd meningkat sebanyak 11.1 peratus kepada RM142.91 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Okt, 2025 daripada RM128.61 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- China Market memilih Malaysia sebagai habnya di ASEAN, sekali gus membuka peluang kepada produk perindustrian China menembusi pasaran Asia Tenggara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan India Malaysia (MITTA) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meningkatkan usaha untuk membendung pengendali pelancongan haram dan tidak berlesen susulan peningkatan aktiviti tersebut.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ekonomi gig Malaysia mencatatkan prestasi yang lebih baik pada 2025 berbanding 2024, dipacu oleh momentum ekonomi yang positif dan pendekatan dasar yang menyokong, namun kemuncaknya tidak dapat dinafikan lagi iaitu kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- YTL Communications Sdn Bhd, melalui jenama perkhidmatannya Yes, melancarkan produk prabayar 5G Advanced pertamanya dengan pengenalan pek permulaan yes 5G Advanced.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- SCS Test Solution Sdn Bhd terus meningkatkan standard ekosistem pemeriksaan kenderaan di Malaysia dengan mengadaptasi teknologi canggih VLT (VL Test) dari Belanda, membawa teknologi kejituan Eropah ke dalam perkhidmatan pra-ujian dan pembaikan tempatan.