4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur menunggu petunjuk lanjut dari Rumah Putih berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.
5bulan ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) dan sebuah konsortium yang terdiri daripada enam institusi kewangan antarabangsa komited menyediakan lebih US$900 juta (US$1 = RM4.50) dalam pembiayaan kepada kampus pusat data hiperskala Yondr Group di Malaysia, menurut Kumpulan Bank Dunia.
6bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan kecil ketika musim cuti Krismas dengan unjuran harga US$2,585 hingga US$2,635 di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati serta aktiviti akhir tahun yang suram.
6bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF IB) menjangka ringgit kembali mengukuh dan mengakhiri tahun ini pada RM4.30 berbanding RM4.59 pada akhir 2023.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati berikutan ancaman bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap negara-negara BRICS jika mereka mewujudkan mata wang saingan kepada dolar AS.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar US yang mengukuh, disokong oleh kenaikan semula dalam Indeks Dolar AS (DXY) daripada penurunan baru-baru ini.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit, di samping mata wang pesat membangun yang lain, terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketidaktentuan dasar Trump 2.0 dan kesannya terhadap dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, ia dijangka mempercepatkan permintaan untuk dolar US.
7bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau.
7bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia wajar bertindak menyediakan pelan kontigensi atau luar jangka untuk berdepan sebarang kemungkinan perubahan dasar serta tarif bersasar Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0, kata penganalisis.