BERITA TERKINI   Cuaca panas: Sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang, Kedah laksana PdPR tiga hari bermula esok hingga Selasa — JPN Kedah | 

Terdapat 799 berita berdasarkan kata kunci carian "komoditi"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan Wall Street malam sebelumnya susulan kenaikan harga minyak mentah.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Disokong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh kelemahan sederhana dolar, namun ketidaktentuan geopolitik yang berterusan serta harga minyak yang tinggi mengehadkan kenaikan.

Kenaikan Mendadak Harga Minyak Mungkin Paksa Indonesia Langgar Peraturan 3 Peratus KDNK

JAKARTA, 13 Mac (Bernama) -- Indonesia mungkin bergelut untuk mengekalkan defisit belanjawannya dalam lingkungan had undang-undang tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), jika harga minyak global terus melonjak susulan ketegangan geopolitik berterusan, yang berpotensi memaksa kerajaan mempertimbangkan langkah fiskal luar biasa. 

Jualan EV Global Lemah, Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan bercampur-campur pada Jumaat susulan penurunan pasaran serantau dan penyusutan jualan kenderaan elektrik (EV) global, kata peniaga.

Sektor Pembinaan Hadapi Risiko Kos Sederhana Susulan Harga Minyak Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia menghadapi risiko kos sederhana dengan penurunan yang terhad bagi unjuran keuntungan meskipun keadaan harga minyak semasa yang lebih tinggi berikutan konflik geopolitik di Asia Barat, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Rakuten Trade Unjur FBM KLCI 2026 Pada 1,800 Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade menyemak semula unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,800 untuk 2026 daripada 1,810 sebelum ini berikutan ketidaktentuan yang masih membelenggu pasaran. 

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Kenaikan Susulan Lonjakan Harga Minyak Mentah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, meneruskan kenaikan untuk satu hari lagi di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah.

Penutupan Selat Hormuz Dorong Inventori Minyak Teluk Hampiri Paras Maksimum

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Penutupan berterusan Selat Hormuz susulan peningkatan ketegangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menyebabkan inventori minyak negara Teluk menghampiri paras kapasiti maksimum, sekali gus menimbulkan cabaran operasi besar kepada loji penapisan di rantau itu.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 Berakhir, Konflik Asia Barat Antara Tumpuan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Mesyuarat Pertama tahun 2026 yang berakhir hari ini memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi negara, pengurusan fiskal serta langkah kerajaan memantau impak konflik di Asia Barat terhadap ekonomi domestik dan global.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 0.4 Peratus, Eksport Meningkat Pada Januari 2026

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pengeluaran getah asli turun 0.4 peratus kepada 28,579 tan pada Januari 2026 daripada 28,684 tan pada Disember 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kerajaan Utamakan Kestabilan Ekonomi, Kawal Kos Sara Hidup Rakyat - Menteri Ekonomi

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha mengekalkan kestabilan ekonomi, mengawal kesan terhadap kos sara hidup serta memastikan ekonomi domestik terus berfungsi dengan baik susulan cabaran geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global.

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 RM1.99 Seliter, Naikkan Bantuan Budi Diesel Kepada RM300 Sebulan - MOF

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter dan menaikkan bantuan tunai BUDI DIESEL kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim.