BERITA TERKINI   Kedua-dua aerotrain di Terminal 1 KLIA mengalami gangguan kuasa sementara, mengakibatkan gangguan perkhidmatan pada pukul 8.30 malam hari ini - Malaysia Airports | 

Terdapat 117 berita berdasarkan kata kunci carian " up"

Suri Rumah Jana Pendapatan Lumayan Hasil Gubahan Bunga

Oleh Sarinah Mat Kasim

SEREMBAN, 13 Julai (Bernama) -- Bermula dengan sekadar hobi kerana minat yang mendalam terhadap seni, seorang suri rumah di sini mampu menjana pendapatan lumayan hasil kreativiti menggubah bunga daripada dawai baldu sekali gus menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap.

Johor Cipta Gelombang Ekonomi Baharu Menerusi Sektor Digital Dan AI

Oleh Mohamad Syazwan Mustafa

JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Johor menjadi antara destinasi pelaburan paling rancak di Malaysia apabila terus merekodkan kelulusan pelaburan berjumlah RM30.1 bilion pada suku pertama tahun ini.

Jualan Sektor Pembuatan Malaysia Meningkat 2.4 Peratus Kepada RM158.7 Bilion Pada Mei - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada RM158.7 bilion pada Mei 2025 berbanding dengan 4.7 peratus pada April, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

BNM Turunkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Kepada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR,  9 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Sabah Catat Pelaburan Ketiga Tertinggi Di Malaysia Pada Suku Pertama

KOTA KINABALU, 8 Julai (Bernama) -- Sabah berjaya mencatatkan jumlah keseluruhan pelaburan diluluskan sebanyak RM10.9 bilion pada suku pertama tahun ini, ketiga tertinggi di Malaysia selepas Selangor dan Kuala Lumpur, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe.

Lebih RM2.2 Juta Subsidi Masih Tersedia Di Bawah Inisiatif Insurans i-MULA 50 - LIAM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Lebih RM2.2 juta subsidi masih tersedia di bawah program Pek Permulaan i-MULA 50 bagi pembeli insurans kali pertama, kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Kerjaya Prospek Beli Tanah Bernilai RM112.79 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd akan memperoleh tiga buah tanah di Selangor berharga RM112.79 juta untuk meningkatkan bank tanah di lokasi strategik bagi pertumbuhan masa depannya. 

Tehran: Kota Sejarah, Kemajmukan Budaya Perlu Dihargai, Bukan Diperangi

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Sungguh memilukan apabila Tehran yang tenang dan damai sewaktu kunjungan penulis pada April lepas, kini menyaksikan kemusnahan dan berubah menjadi zon perang hanya dalam sekelip mata.

Agrobank Buka Penyertaan Anugerah Agro Biz 2025, Iktiraf Kecemerlangan Peserta Industri

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Agrobank hari ini mengumumkan penyertaan bagi Anugerah Agro Biz 2025 akan dibuka bermula hari ini sehingga 31 Julai, 2025.

BNM, Kerajaan Laksanakan Inisiatif 'Reset' Tangani Peningkatan Inflasi Perubatan

KUALA LUMPUR, 17 Jun(Bernama) --Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan sedang berusaha melaksanakan inisiatif RESET untuk menangani peningkatan inflasi perubatan di Malaysia.

Qhazanah Sabah Bekerjasama Dengan Bina Indah Bangun Projek The Hill @ Damai

KOTA KINABALU, 16 Jun (Bernama) -- Qhazanah Sabah Bhd (QSB) hari ini menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) dengan Bina Indah Development Sdn Bhd untuk pembangunan The Hill @ Damai dekat sini.

Peluasan SST Ke Atas Buah Import Langkah Proaktif Lindungi Industri Tempatan - Pengusaha

PONTIAN, 13 Jun (Bernama) -- Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) merangkumi cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas semua buah import disifatkan pengusaha nanas Johor sebagai langkah proaktif bagi melindungi industri buah-buahan tempatan.