19hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Dasar keutamaan bumiputera masih diamalkan dan tidak terjejas dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) kerana jelas termasuk dalam tanggungjawab awam, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah diterjemahkan kepada impak ketara, menambah baik penyampaian perkhidmatan, mengurangkan birokrasi dan memupuk persekitaran yang lebih mesra perniagaan.
20hari ago
KLANG, 28 Nov (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mencatat peningkatan hasil keseluruhan sebanyak lapan peratus setakat Oktober lepas berbanding pada 2024 sekali gus menunjukkan aktiviti perniagaan lebih rancak dan prestasi operasi yang kukuh, kata Pengerusinya Lim Lip Eng.
20hari ago
LABUAN, 28 Nov (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) sedang menempatkan dirinya sebagai hab serantau penyelesaian kewangan yang selaras dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), patuh Syariah dan dipacu secara digital bagi menyokong agenda kemampanan Malaysia.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 meningkat kepada RM2.08 bilion daripada RM2.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keputusan kewangan suku ketiga 2025 mencatatkan prestasi lebih baik berbanding suku kedua, menyokong sentimen pasaran berikutan pendapatan meningkat dalam sektor teknologi dan sarung tangan getah - kedua-duanya mencatatkan prestasi lemah pada separuh pertama 2025.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Chin Hin Group Property Bhd (CHGP) melalui anak syarikatnya Chin Hin Property (KL) Sdn Bhd (CHPKL) membeli dua bidang tanah pegangan pajak selama 99 tahun di Taman Puncak Jalil, Selangor bernilai RM91 juta untuk melaksanakan pembangunan perumahan bertanah.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Semico Capital Bhd memeterai perjanjian taja jamin bersama Affin Hwang Investment Bank Bhd bagi menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan negara sebaliknya memperkukuh kerjasama perdagangan digital, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
24hari ago
KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Belanjawan Sarawak 2026 berjumlah RM12.9 bilion merangkumi RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$124.1 bilion setakat 14 Nov, 2025 berbanding US$123.8 bilion yang dicatatkan semasa 31 Okt, 2025.
29hari ago
GEORGE TOWN, 19 Nov (Bernama) — Penganjuran Minggu Pulau Pinang di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia Osaka 2025 dijangka menjana potensi pelaburan berjumlah RM426 juta kepada negeri ini.