1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dalam kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) yang rendah.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis selepas Indeks Dolar AS (DXY AS) naik 0.1 peratus kepada 98.245 mata walaupun laporan kekosongan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) lebih rendah daripada jangkaan, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup pada paras tertinggi dalam sejarah hari ini, melepasi US$3,500 setiap auns berikutan jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan baharu berhubung kebebasan institusi Rizab Persekutuan.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan berikutan aktiviti pengambilan untung disebabkan kekurangan pemangkin tempatan baharu walaupun prestasi Wall Street semalaman adalah positif.
1bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas jangkaan meningkat mengenai penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) bulan depan dan menjelang laporan inflasi AS dikeluarkan hari ini.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu menjelang data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah AS susulan keyakinan pengguna kian lemah serta kebimbangan terhadap peningkatan harga akibat kenaikan tarif.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi pada sektor kewangan, pengangkutan dan utiliti.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong terutamanya oleh ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell dalam Simposium Jackson Hole yang memberi isyarat mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, meneruskan kenaikan minggu lepas berikutan pelabur mengambil petunjuk daripada pasaran Wall Street yang ditutup positif pada Jumaat lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi petunjuk mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.