BERITA TERKINI   Liga Super: Terengganu 0-5 JDT | Dakwaan ART dengan AS menggadai dan memudaratkan negara bersifat politik semata-mata - PM Anwar | Setiap rundingan pasti ada “give and take”, terutama yang melibatkan pelaburan besar, namun Malaysia tetap menjaga maruah - PM Anwar | PM Anwar ulangi pendirian ART dengan AS ambil kira kepentingan nasional | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dalam kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut didorong oleh keyakinan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada September dan langkah-langkah rangsangan tambahan China.

“Harga minyak meningkat lebih satu peratus pada Isnin, mengurangkan penurunan pada minggu lepas berikutan prospek lebih banyak sekatan ke atas minyak mentah Rusia selepas serangan ke atas Ukraine mengimbangi perancangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) untuk meningkatkan pengeluaran,” katanya kepada Bernama.

Pada 5.10 petang, harga minyak mentah Brent naik 1.76 peratus kepada US$66.62 setong.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 12.5 sen kepada 765 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 2.5 sen kepada 577.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA