3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ambest Group Bhd yang beribu pejabat di Pulau Pinang menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada suku pertama tahun depan.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Polyplas Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar acuan dengan suntikan ketepatan Malaysia dan subsidiari utama Ge-Shen Corporation Bhd, telah melancarkan kilang berteknologi tinggi di Pulau Pinang pada 21 Nov lepas untuk mengukuhkan kehadiran strategiknya dalam sektor perkilangan negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal hari ini dengan lebih rendah susulan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus berwaspada terhadap risiko luar.
4bulan ago
SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Sebanyak sembilan projek pelaburan bernilai RM5.52 bilion telah dilaksanakan di Selangor hasil promosi luar negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Oktober lepas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.
4bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pakar kejuruteraan geoteknik dan asas, Geohan Corporation Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM72.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Skop pembiayaan program Menangani Kempen Anti Minyak Sawit (CAPOC) pada 2026 akan diperluas bagi memperkukuh akses pasaran dan meningkatkan eksport ke pasaran antarabangsa yang menjadi keutamaan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
4bulan ago
Oleh Amanina Mohamad Yusof
SHANGHAI, 9 Nov (Bernama) -- Penyertaan syarikat Malaysia di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai (MIHAS@Shanghai) membuka peluang baharu kepada produk tempatan untuk menembusi pasaran halal China yang semakin berkembang pesat.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Jualan sektor pembuatan mencecah RM500.1 bilion pada suku ketiga 2025, menunjukkan pertumbuhan 3.5 peratus (S2 2025: 3.4 peratus), menurut Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia bagi September 2025
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia merekodkan pertumbuhan 5.7 peratus pada September 2025 selepas mencatatkan pertumbuhan 4.8 peratus pada bulan sebelumnya, dipacu sektor pembuatan dan perlombongan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerjasama lebih kukuh antara kerajaan dan industri penting bagi membantu melindungi negara, perniagaan dan rakyat di seluruh ASEAN ketika kecerdasan buatan (AI) dan teknologi canggih mencorakkan semula ekonomi global dan mengubah landskap ancaman siber.