2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini memaklumkan portfolio sukuk jangka pendek tertunggaknya telah mencecah paras tertinggi baharu US$6.65 bilion.
2hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia melonjak kepada paras paling kukuh dalam tempoh tujuh tahun pada Selasa, dipacu keyakinan baharu pelabur, disokong pengukuhan ringgit dan perubahan dinamik modal global, sekali gus mendorong penilaian semula terhadap profil risiko negara, menurut ahli ekonomi.
2hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mencecah satu lagi paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 3.95 hari ini dengan ahli ekonomi menjangkakan paras sokongan baharu seterusnya pada RM3.8722.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Equinix Inc sedang aktif meneroka peluang-peluang di Malaysia dalam usahanya untuk memberi perkhidmatan dan memenuhi permintaan pelanggan masa depan dengan berkesan berikutan peningkatan minat dalam pasaran pusat data negara.
2hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meneruskan momentum alirannya untuk ditutup mencecah 1,771.25, paras tertinggi intra harian dan dalam tempoh beberapa tahun, dipacu oleh minat belian ketara berterusan dalam saham-saham mewah.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Dasar jelas, pembaharuan berterusan kerajaan dan faktor luaran merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kukuh ringgit ke paras tertinggi yang kali terakhir dilihat pada 2018, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, mencatatkan paras tertinggi baharu sejak 15 Mei 2018 dan aliran meningkat itu dijangka berterusan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Angka ekonomi yang positif berjaya memperkukuh kedudukan dan nilai ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada Selasa, dibuka 0.63 peratus lebih tinggi untuk mencatatkan paras tertinggi baharu sejak Jun, 2018, disokong oleh kemasukan berterusan dana asing susulan aliran keluar besar-besaran tahun lepas.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka kekal mengukuh pada 3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dalam persekitaran kemungkinan berlaku campur tangan terhadap mata wang oleh pihak berkuasa AS dan Jepun semakin memuncak.
3hari ago
GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih pengeluar penebat tersenarai di Pasaran Utama, PGF Capital Bhd menyusut kepada RM4.56 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Nov 2025 berbanding RM6.24 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2024.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan prestasi di pasaran tunai.