BERITA TERKINI   Agong perkenan gelaran Tan Sri kepada Mohd Isa Samad ditarik balik berkuat kuasa 8 Jun 2026 - JPM | 

Terdapat 10338 berita berdasarkan kata kunci carian " f"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Ketika Isyarat Pasaran Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.04 peratus ketika awal dagangan pada Rabu dalam persekitaran sentimen pasaran global yang berhati-hati walaupun harga minyak mentah menyusut dan ketiadaan pemangkin tempatan.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai asas yang diniagakan meningkat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh kelemahan niaga hadapan minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Bank Rakyat Dorong Peluang Rentas Sempadan Melalui Platform Bizmatch Di Tokyo

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bank Rakyat mempergiat usaha mendorong syarikat Malaysia berkembang ke luar negara melalui inisiatif “Bank Rakyat Bizmatch: Make Malaysian Businesses Great” yang diadakan bersempena dengan Forum Nikkei 2026 di Tokyo, Jepun.

DHL Rancang Kembang Keupayaan Logistik Pusat Data Merentasi Asia Pasifik

SINGAPURA, 9 Jun (Bernama) -- DHL Supply Chain telah mengumumkan pengembangan keupayaan logistik pusat datanya merentasi rantau Asia Pasifik untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi strategik bagi penskala hiper dan pengendali pusat data.

Ringgit Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Asia, Dipacu Aliran Masuk Pelaburan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit kekal menjadi antara mata wang berprestasi terbaik di Asia tahun ini, dipacu aliran masuk pelaburan yang besar serta kekukuhan asas ekonomi Malaysia walaupun menghadapi ketidaktentuan global yang meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati susulan ketidakpastian luaran sambil memantau data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan serta perkembangan mengenai gencatan senjata Israel-Iran yang masih belum stabil.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Lemah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan harga minyak mentah yang lemah berikutan ketegangan Asia Barat yang semakin mereda sekali gus menyokong sentimen pasaran.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Serantau Didorong Ketegangan Mereda Di Asia Barat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang serantau pada Selasa, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik dalam ketegangan geopolitik yang mereda di Asia Barat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, mencerminkan prestasi pendasar di pasaran tunai.

Subsidi Bahan Api Malaysia Melonjak Kepada RM7.5 Bilion Pada April Susulan Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Perbelanjaan bulanan subsidi bahan api Malaysia meningkat setinggi RM7.5 bilion pada satu ketika dalam bulan April, apabila ketegangan Asia Barat melonjakkan harga minyak global dan menambah kebimbangan mengenai bekalan tenaga, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.