13hari ago
PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) – Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyemak semula beberapa rangka kerja undang-undang dan peraturan termasuk mekanisme bagi perdagangan elektrik rentas sempadan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong kestabilan sektor tenaga dan pertumbuhan mampan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Peralatan Komponen Automotif Malaysia (MACPMA) menyokong pendirian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bahawa insentif pelaburan automotif serta lesen pembuatan perlu diselaraskan dengan objektif pembangunan negara.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sektor pembuatan ASEAN mencatat penyederhanaan ketara dari segi penunjuk permintaan pada Mac 2026 susulan peningkatan kos input dan caj output, sekali gus menjadikan prestasi terendahnya dalam tempoh enam bulan, menurut S&P Global.
14hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
14hari ago
PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada 2026 meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia berada dalam keadaan ekonomi yang kukuh dalam memasuki tempoh kejutan harga minyak berikutan konflik di Asia Barat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang mantap dan kedudukan luaran yang berdaya tahan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Memperkukuh asas ekonomi dan penampan dasar dalam ketidaktentuan perdagangan global merupakan langkah penting untuk memastikan pertumbuhan berterusan dan seterusnya, menjamin kesejahteraan rakyat, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
15hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed & Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara empat peratus dan lima peratus tahun ini berbanding 5.2 peratus pada tahun lepas, dengan daya tahan Malaysia pada peringkat dalam negeri dan struktur eksport yang pelbagai memberikan asas yang kukuh untuk mengharungi rintangan luaran semasa terutamanya daripada konflik di Asia Barat.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Malaysia dan China dilihat tampil sebagai ekonomi berdaya tahan di Asia dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran tenaga global yang semakin meningkat akibat konflik berterusan di Asia Barat.
18hari ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Program Agro Komuniti B40 Tanaman Nanas MD2 yang dilaksanakan Aqina Fruits Sdn Bhd (AFSB) dengan kerjasama Agrobank, memacu dan menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2: Sifar Kelaparan melalui pemerkasaan golongan berpendapatan rendah dalam sektor pertanian.
18hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikan susulan niaga hadapan getah Jepun yang meningkat dan harga fizikal komoditi yang kukuh di Thailand.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM245.2 bilion pada Februari 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM131.0 bilion dan RM114.2 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).