BERITA TERKINI   Kelayakan Piala Asia 2027: Vietnam 3-1 Malaysia | Jabatan Peguam Negara akan ambil tindakan lanjut terhadap Bloomberg - KSN | Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg bahawa PM minta jawatankuasa khas tangguh pendedahan siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Kenaikan Harga Minyak Mentah, Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata, prestasi eksport yang kukuh baru-baru ini turut meningkatkan sentimen pasaran hari ini.

"Kami mendapati harga sokongan di atas RM4,700 setiap tan dan rintangan pada RM4,850 setiap tan," katanya kepada Bernama.

Sewaktu berita ini ditulis, minyak mentah Brent meningkat 4.53 peratus kepada US$117.89 setiap tong.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2026 dan Julai 2026 masing-masing bertambah RM63 kepada RM4,729 dan RM4,828 setiap tan manakala kontrak Mei 2026 naik RM49 kepada RM4,797 setiap tan dan kontrak Jun 2026 pula menokok RM56 kepada RM4,828 setiap tan.

Kontrak Ogos 2026 berkembang RM66 kepada RM4,806 setiap tan dan kontrak September 2026 melonjak RM65 kepada RM4,776 setiap tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 109,419 lot daripada 104,052 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 246,071 kontrak daripada 242,882 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk April Selatan bertambah sebanyak RM50 kepada RM4,750 setiap tan.

-- BERNAMA