4hari ago
ALOR SETAR, 30 April (Bernama) -- Pasar raya premium, Cold Storage meluaskan rangkaiannya melalui pembukaan rasmi cawangan baharu di The Tenz Emporium di sini pada Khamis, sekali gus merancakkan lagi landskap ekonomi dan gaya hidup komuniti bandar raya ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti jualan dilihat di kaunter utiliti, perkhidmatan kewangan dan teknologi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+ dijangka tidak memberi kesan ketara terhadap pergerakan harga minyak global yang kini lebih dipacu faktor geopolitik.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa panduan pelarasan perbelanjaan mengurus hanya melibatkan perbelanjaan tidak kritikal, manakala perbelanjaan teras termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan diteruskan seperti diluluskan dalam Belanjawan 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah melantik semula Ng Kok Kheng sebagai pengerusinya bagi penggal 2026-2028, berkuat kuasa 29 April, 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengesahkan bahawa Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan selepas hampir lapan tahun bersama syarikat.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang serantau berikutan kebimbangan mengenai minyak mentah berkurangan susulan keputusan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung di kaunter berkaitan minyak selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan memutuskan untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.
5hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 29 April (Bernama) -- Langkah mengembalikan status bebas cukai kepada Labuan perlu diberi pertimbangan sewajarnya sepertimana cadangan untuk Langkawi dalam usaha menyokong sektor pelancongan, runcit serta perniagaan di wilayah berkenaan, menurut Perbadanan Labuan (LC).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri perbankan menggesa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas dengan konflik Asia Barat yang berterusan agar menghubungi bank masing-masing pada peringkat awal bagi meneroka jalan penyelesaian yang bersesuaian, termasuk bantuan pembayaran balik, penstrukturan semula dan sokongan modal kerja.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti pelaksanaan mekanisme subsidi diesel yang lebih bersasar, seumpama BUDI95, bagi Sabah dan Sarawak, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
5hari ago
LABUAN, 29 April (Bernama) — Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sebulat suara menyokong cadangan bagi membina sebuah kilang penapisan minyak di pulau berkenaan.