1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$119.9 bilion (US$1=RM4.24) pada 13 Jun 2025 daripada US$119.60 bilion yang dicatatkan pada 30 Mei 2025.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Aleph, firma pengiklanan digital global menjenamakan semula entitinya di Asia Pasifik (APAC) iaitu MediaDonuts sebagai Aleph untuk pasaran Malaysia dan di tujuh pasaran utama lain di rantau ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd (CIMB Securities) telah mengunjurkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada Julai 2025, mempunyai kesan langsung yang terhad kepada sektor automotif.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka memberi kesan langsung terhad kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan inflasi kerana hanya menyasarkan barangan bukan perlu serta sektor perkhidmatan terpilih, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) telah mewujudkan kumpulan kerja industri bagi meningkatkan daya tahan siber merentas ekosistem pembrokeran saham bagi menyelaras tindakan berikutan insiden perdagangan tanpa kebenaran pada 24 April 2025.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan mencatat kenaikan kecil susulan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi, didahului kaunter kewangan yang memacu indeks petunjuk utama, kata penganalisis.
1hari ago
PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal negara secara konsisten dalam memastikan ekonomi lebih mampan dan keyakinan pelabur tidak terjejas.
1hari ago
PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) -- Agenda pembaharuan Ekonomi MADANI yang dilaksanakan kerajaan kini telah membuahkan hasil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meningkat sebanyak 2.6 peratus pada Mei 2025 untuk mencecah RM252.48 bilion, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi bulan ke-17 berturut-turut sejak Januari 2024.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- AmMetLife Takaful Bhd (AmMetLife Takaful) telah melantik Nazrulhisham Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 16 Jun, 2025.
1hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia mengukuhkan sasarannya untuk menjadi hab aeroangkasa dan pembinaan kapal serantau dengan memanfaatkan pelaburan bernilai tinggi, keupayaan teknikal dan kedudukan geostrategik negara untuk meningkatkan profil perindustriannya bagi dekad akan datang.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).