1bulan ago
JOHOR BAHRU, 10 Dis (Bernama) -- Stesen radar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan dipertingkatkan dengan sistem radar RSM NG Thales untuk mengukuhkan pengawasan lalu lintas udara selain memastikan tahap keselamatan dan kecekapan operasi tertinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gudang baharu Fuji Logistics (M) Sdn Bhd, Pusat Logistik Kulim 2 di Northern Technocity, Kulim Kedah akan terus mengukuhkan peranannya sebagai rakan logistik boleh dipercayai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara mampu mencapai paras ambang tertinggi yang disasarkan iaitu 4.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- U Mobile akan melaksanakan perkhidmatan rangkaian 5G generasi seterusnya di 20 hartanah IGB Bhd (IGB) di negara ini, sekali gus menjadikannya kerjasama liputan 5G terbesar dalam bangunan (IBC), setakat ini.
1bulan ago
LABUAN, 10 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) telah mengeluarkan Nota Panduan mengenai Maqasid al-Shariah untuk Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan Rabu meskipun pasaran secara meluas adalah positif, seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau dan isyarat bercampur-campur Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia dijangka kekal 3.0 peratus pada 2025 dan 2026, disokong oleh pertumbuhan guna tenaga yang stabil serta pengambilan pekerja berterusan dalam sektor perkhidmatan berorientasi domestik, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR,10 Dis (Bernama) -- Virtue Trustee Bhd (VTB) melancarkan beberapa penyelesaian perancangan amanah, amanah Islam dan legasi yang bertujuan menyediakan perlindungan kekayaan yang profesional, terjamin dan telus untuk semua rakyat Malaysia, sejajar nilai teras kerangka MADANI negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut pada sesi pagi berikutan pelabur mengambil keuntungan menjelang pengumuman keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) lewat hari ini, seiring prestasi serantau yang hambar.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2026 akan dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan meskipun persekitaran permintaan bersih luar yang berubah-ubah, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar dijangka berkembang pada 4.5 peratus.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati, mengambil keuntungan menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan susulan prestasi Wall Street semalaman yang kebanyakannya rendah.
1bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
GENEVA, 9 Dis (Bernama) -- Kekurangan penghantaran pesawat global pada 2025 kini berjumlah kira-kira-kira 5,300 pesawat, menjadikan ketersediaan pesawat sebagai salah satu kekangan paling utama dalam pertumbuhan industri, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang berpangkalan di Geneva.