1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Cradle Fund Sdn Bhd melancarkan platform digital, Startup ASEAN dalam usaha menjadikan negara anggota perkumpulan itu sebagai penggiat dalam landskap syarikat itu di peringkat global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Segmen elektrik dan elektronik (E&E) telah mencatatkan prestasi pelaburan direalisasikan tertinggi iaitu sebanyak RM4.8 bilion sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2024, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kepelbagaian operasi dan pasaran menjadi keperluan penting bagi perniagaan di Malaysia untuk kekal berdaya saing, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) – Kerajaan akan mempermudah kelulusan kewangan rentas sempadan di bawah Dasar Pertukaran Asing bagi membolehkan aliran dana secara cekap mengikut saiz disasarkan dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing untuk menarik modal teroka asing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd komited terhadap agenda digital dengan menumpukan pelaburan dalam teknologi dan inovasi digital untuk memastikan kemampanan perniagaannya pada masa hadapan.
1tahun ago
SHAH ALAM, 28 Nov (Bernama) -- Pelan pembangunan SA Sentral dan kawasan Seksyen 13 yang akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun bermula tahun hadapan, melibatkan kawasan seluas 58.6 hektar, bakal menjadikan kawasan itu sebagai hab integrasi moden, dinamik dan berdaya saing di negara ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia dilihat memanfaatkan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan kedudukannya sebagai penggiat serantau utama ketika ketidaktentuan ekonomi global berikutan dasar presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan penanaman semula sawit seluas 77,000 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang (2025-2029) menerusi pelaksanaan program penanaman semula terutama dalam kalangan pekebun kecil bagi memastikan sektor sawit sentiasa mampan dan berdaya saing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM115.99 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024, berbanding RM86.16 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) dan Aim Concept Sdn Bhd (ACSB) menandatangani kemudahan pembiayaan sebanyak RM75 juta untuk memulakan projek bernilai RM428 juta bagi pembesaran klinik dan wad pakar Hospital Besar Pulau Pinang.
1tahun ago
KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 24 Nov (Bernama) -- Labuan Connect! 2024 yang didakan buat julung kalinya mengetengahkan usahawan tempatan di bawah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sekali gus menyediakan platform untuk mempamerkan produk kepada khalayak yang lebih meluas.