BERITA TERKINI    Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | ASEAN mahu proses dokumentasi keanggotaan Timor-Leste disiapkan sebelum Kemuncak ASEAN pada Oktober - Mohamad | Kenaikan tarif kepada 25 peratus adalah keputusan Presiden AS Donald Trump bukan menerusi proses rundingan - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | ASEAN mahu proses dokumentasi keanggotaan Timor-Leste disiapkan sebelum Kemuncak ASEAN pada Oktober - Mohamad | Kenaikan tarif kepada 25 peratus adalah keputusan Presiden AS Donald Trump bukan menerusi proses rundingan - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul |

Trump Presiden Kali Kedua: Prospek Pelaburan Malaysia Dilihat Menggalakkan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia dilihat memanfaatkan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan kedudukannya sebagai penggiat serantau utama ketika ketidaktentuan ekonomi global berikutan dasar presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Ahli Strategi Pelaburan Franklin Templeton Institute, Christy Tan yang mengulas kesan terhadap pasaran Asia dengan pemilihan Trump sebagai presiden untuk kali kedua berkata, menerusi konsolidasi fiskal dan persekitaran dasar yang stabil, Malaysia menawarkan prospek menggalakkan kepada pelabur.

Beliau berkata demikian dalam webinar media bertajuk ‘Prospek Pelaburan 2025: Perspektif Daripada Asia dan Di Luarnya’ yang dianjurkan oleh Franklin Templeton hari ini.

Walaupun belum pulih sepenuhnya, katanya ringgit telah menunjukkan isyarat penstabilan, memberikan keyakinan terhadap trajektori yang lebih optimis bagi aset Malaysia pada tahun hadapan.

"Prospek Malaysia stabil, dengan konsolidasi fiskal sebagai pelindung utama pelabur. Pendirian dasar Bank Negara yang boleh diramal mengukuhkan lagi kestabilan ini, mengurangkan risiko kejutan,” katanya.

Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia dijangka berperanan penting dalam memupuk integrasi ekonomi serantau, yang berpotensi meningkatkan sentimen pelabur dan prestasi pasaran terutama dalam sektor berkaitan perdagangan dan diplomasi.

Tan menekankan bahawa pendirian neutral Malaysia terhadap ketegangan yang meningkat antara AS dan China, turut memberikan manfaat.

“Keberkecualian ini meletakkan negara sebagai perantara yang berpotensi dalam perbincangan perdagangan serantau dan global, yang boleh memperkuat kedudukan diplomatik dan ekonominya.

“Fokus negara terhadap industri utama terutama teknologi dan kecerdasan buatan (AI) terus menyokong naratif pertumbuhan jangka panjangnya,” katanya.

Beliau berkata kemajuan Malaysia dalam teknologi seperti pusat data dan inisiatif berasaskan AI adalah seiring dengan trend global, yang akan meletakkan negara sebagai pemain berdaya saing dalam ekosistem teknologi yang lebih meluas.

Kepengerusian ASEAN turut menyediakan peluang kepada Malaysia untuk memperkukuh perkongsian perdagangan dan pengaruh serantau, kata Tan.

"Memandangkan landskap perdagangan global menjadi semakin kompleks dengan potensi tarif dan halangan perdagangan di bawah kepresidenan Trump, kepimpinan Malaysia dalam ASEAN boleh membantu memacu penyelesaian kerjasama, yang memberi kebaikan kepada ekonominya dan rantau ini," katanya.

-- BERNAMA