BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor 2-0 Cong An Hanoi FC | 

Terdapat 524 berita berdasarkan kata kunci carian " selamat"

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika DXY Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini dalam keadaan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut, kata penganalisis.

BHPetrol Cadang Bangunkan 30 Stesen Minyak Baharu Di Luar Bandar

JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) -- Syarikat subsidiari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holding Bhd, BHPetrol bercadang membina sehingga 30 stesen minyak baharu di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Niaga Hadapan Emas Kekal Kukuh Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Pasaran Bon Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal kukuh minggu depan, disokong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kestabilan pasaran bon AS.

F&N AgriValley Tonggak Visi NS Jadi Hab Tenusu Negara – MB

SEREMBAN, 11 April (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata F&N AgriValley membentuk komponen utama visi negeri ini untuk menjadi hab tenusu negara, sejajar dengan matlamat strategik yang digariskan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021-2025.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, diniagakan secara berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat dan para peserta terus mengurangkan pendedahan terhadap risiko.

ASEAN Bakal Berdepan Peralihan Ekonomi, Perlukan Keazaman Politik Hadapi Perubahan - Zeti

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Di saat landskap ekonomi global berubah secara mendadak, ASEAN berada di persimpangan kritikal dan bersedia untuk mengharungi cabaran mendatang, kata Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Sapura Energy Peroleh Kontrak Fasiliti Luar Pesisir Bernilai RM40 Juta

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM40 juta untuk perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian kemudahan luar pesisir di Semenanjung Malaysia.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Keuntungan COMEX

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, mengakhiri penurunan empat hari berturut-turut seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) dan di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan yang memuncak.

Murid Sekolah Bina 'Robot MarBot4SF' Untuk Selamatkan Planet

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Semuanya bermula selepas insiden pelunturan warna, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun kini lebih peka dan bersemangat untuk melindungi alam sekitar dan menyelamatkan planet ini.

ECRL Selesai Pengorekan 38 Terowong Lebih Awal Dari Jadual

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah menyelesaikan kerja-kerja pengorekan 38 terowong di sepanjang jajaran rel setakat ini, berikutan dua kejayaan di Selangor awal minggu ini.

Bank Pusat Malaysia, Kemboja Lancar Fasa Kedua Pembayaran QR Rentas Sempadan

Oleh Muhammad Faiz Baharin

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia  melancarkan fasa kedua pembayaran QR rentas sempadan yang akan membolehkan pengguna dan peniaga di kedua-dua negara membuat dan menerima pembayaran segera daripada institusi kewangan menyertainya.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal enggan mengambil risiko berikutan kebimbangan berkaitan kadar tarif timbal balas Washington yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April.