3bulan ago
PETALING JAYA, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menambah baik proses sedia ada bagi mengurangkan karenah birokrasi agar projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang diperoleh melalui proses bidaan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) muncul sebagai perbandaran hijau pertama di Malaysia yang menerima penarafan Emas daripada Malaysian Rating Corporation Sdn Bhd (MARC), seiring dengan penubuhan Rangka Kerja Kewangan Mampan yang komprehensif bernilai RM2 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN bercita-cita tinggi untuk membina grid tenaga serantau yang terintegrasi sepenuhnya menjelang 2045 dan ia merupakan misi yang boleh dicapai, kata pakar utama tenaga Bank Dunia, Yussuf Uwamahoro.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur dapat mengekalkan pertumbuhannya melebihi 4.0 peratus pada 2025 dan 2026, dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan selain projek infrastruktur dan pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan, kata agensi penarafan Malaysian Ratings Bhd.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah inisiatif grid kuasa ASEAN (APG) sedang mengukuhkan saling sambung rentas sempadan untuk memastikan bekalan elektrik mesra alam dapat dibekalkan ke seluruh rantau ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya merealisasikan pelaburan mencecah RM58.39 bilion serta mencipta hampir 16,000 peluang pekerjaan bagi tempoh sehingga September tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Kumpulan Bank Dunia menerusi kerjasama dengan ASEAN, melancarkan Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN (APG) bagi menyokong pembangunan serta integrasi grid tenaga nasional di serata rantau ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengesahkan bahawa ia tidak akan membiayai mana-mana projek penjanaan tenaga nuklear di bawah dasar tenaga semasanya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Southern Cable Group Bhd (Southern Cable) telah mencadangkan tawaran saham persendirian sehingga 10 peratus daripada jumlah saham terbitannya untuk mengumpul sebanyak RM259 juta bagi membiayai pelan pengembangannya yang bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluarannya.
3bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 14 Okt (Bernama) -- Tambahan peruntukan RM200 juta kepada Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) di bawah Belanjawan 2026 boleh dimanfaatkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) memeterai perjanjian selama tiga tahun yang bertujuan memperkukuh mekanisme promosi pelaburan dua hala bagi kedua-dua negara.