BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | 

ADB Tidak Akan Biayai Inisiatif Projek Tenaga Nuklear

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengesahkan bahawa ia tidak akan membiayai mana-mana projek penjanaan tenaga nuklear di bawah dasar tenaga semasanya.

Ketua Pengarah Jabatan Asia Tenggara ADB Winfried F Wicklein berkata ini kerana rangka kerja sedia ada bank tersebut tidak membenarkan pembiayaan untuk inisiatif tenaga nuklear.

 Bagaimanapun, Wicklein mengakui minat yang semakin meningkat dalam kalangan beberapa negara anggota ASEAN untuk meneroka tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi tenaga jangka panjang mereka.

“Setakat ini, dasar tenaga kami yang tidak membenarkan kami untuk membiayai tenaga nuklear.

“Kami menyedari permintaan yang semakin meningkat dan penerokaan terhadap nuklear sebagai pilihan di rantau ini, dan kami mengikuti perkembangan itu dengan penuh minat, tetapi kami tidak terlibat secara langsung pada peringkat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 di sini hari ini.

-- BERNAMA