6bulan ago
PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Eksport semikonduktor Malaysia kekal berdaya tahan, meningkat 15.7 peratus dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun ini sahaja, mengatasi pertumbuhan eksport keseluruhan sebanyak 3.8 peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pelan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 dilihat sebagai langkah positif untuk mengurangkan kos sara hidup dan menyokong penggunaan swasta dalam ketidaktentuan ekonomi global, menurut bank pelaburan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah-langkah sokongan fiskal terkini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengukuhkan sektor pengguna di Malaysia dengan menggalakkan perbelanjaan dalam tempoh jangka pendek terutamanya bagi barangan keperluan dan runcit berasaskan nilai, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Walaupun kebanyakan sektor dijangka mencatatkan pendapatan mendatar pada suku kedua 2025, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka momentum positif dalam sektor pembinaan, penjagaan kesihatan, hartanah, minyak dan gas (O&G) serta utiliti.
6bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Rantau ASEAN+3 diunjurkan berkembang sebanyak 3.8 peratus pada 2025 dan 3.6 peratus pada 2026, menurut kemas kini suku tahunan Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 (AREO) oleh Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
6bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Ekonomi ASEAN dijangka mengekalkan pertumbuhan lebih empat peratus dalam persekitaran cabaran global, dengan unjuran sebanyak 4.4 peratus pada 2025 dan 4.2 peratus pada 2026, menurut Ketua Ahli Ekonomi Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) Dong He.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Sebanyak 25 projek pelaburan pusat data diluluskan insentif Pecutan Ekosistem Digital (Desac) sepanjang tempoh 2021 sehingga 31 Mac 2025 dengan pelaburan berjumlah RM144.4 bilion, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2025, disokong oleh pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal mencatat perkembangan kukuh dalam separuh kedua 2025 yang diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelaburan dalam sektor pembuatan terus membawa impak positif kepada ekonomi negara dengan manfaatnya dirasai secara langsung oleh rakyat menerusi peningkatan peluang pekerjaan, kadar gaji dan nilai tambah industri.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.