1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM45.23 juta untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept 2025, mengurangkan kerugian bersih sebanyak RM49.89 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Orkim Bhd iaitu syarikat pengangkutan marin mahu mengumpul RM92 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraian sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 9 Dis, 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia menyanggah prestasi pasaran serantau yang suram apabila meningkat pada tengah hari ini di tengah-tengah aktiviti pembelian sederhana membabitkan saham wajaran tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Aquawalk Group Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran Ace Bursa Malaysia hari ini, mencatatkan harga pembukaan pada 30 sen sesaham, satu sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO) iaitu 31 sen dengan 26.49 juta saham diniagakan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya meningkat pada dagangan hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah namun melantun semula kemudiannya di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran susulan prestasi suram semalaman Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Semua perkhidmatan Bursa Malaysia Bhd kini pulih sepenuhnya susulan gangguan global Cloudflare yang menjejaskan capaian ke beberapa laman web tempatan semalam.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini di tengah-tengah sentimen mengelak risiko yang ketara apabila pelabur tidak lagi menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menurunkan kadar faedah pada Disember ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- PMW International Bhd bersedia mempercepatkan rancangan pengembangannya di Sarawak berikutan penyenaraiannya di Pasaran ACE, didorong oleh keyakinan kumpulan itu untuk memperkukuh keupayaan pembuatan dan infrastrukturnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, seiring dengan pasaran serantau, menjejaki pasaran serantau dan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.