BERITA TERKINI   PRN Sabah: Masalah jalan, air dan elektrik di Sabah selesai dalam tempoh satu penggal jika BN diberi mandat - TPM Ahmad Zahid | PRN Sabah: Enam tonggak manifesto BN padat dan mantap, tiada kumpulan di Sabah akan tertinggal - TPM Ahmad Zahid | Banjir : Satu PPS dibuka di Bachok malam tadi, menempatkan 38 mangsa daripada 11 keluarga - InfoBencana JKM | 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, seiring dengan pasaran serantau, menjejaki pasaran serantau dan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.26 mata atau 0.63 peratus kepada 1,617.17 daripada 1,627.43 semasa ditutup pada Isnin.

. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.43 mata kepada 1,627.0 dan turun naik antara 1,616.43 dan 1,627.32 semasa sesi berkenaan.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 777 berbanding 282 manakala 463 kaunter tidak berubah, 1,245 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.97 bilion unit bernilai RM1.5 bilion.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.43 peratus kepada 4,524.05, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 1.47 peratus kepada 25,997.20 dan Nikkei 225 Jepun berkurangan 2.90 peratus kepada 25,997.20.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Power naik satu sen kepada RM3.73, Gamuda meningkat tiga sen kepada RM5.27, Telekom Malaysia melonjak lapan sen kepada RM7.29, Maybank tidak berubah pada RM9.92, Public Bank menguncup tiga sen kepada RM4.27, CIMB berkurangan 11 sen kepada RM7.50 dan TNB susut lapan sen kepada RM13.20.  

Bagi saham aktif, Tanco naik dua sen kepada 98.5 sen, MMAG meningkat satu sen kepada tujuh sen, PMW turun setengah sen kepada 33.5 sen, manakala Genetec merosot tiga sen kepada 37.5 sen. 

Saham paling untung termasuk Nestle meningkat 50 sen kepada RM112.90, Bintulu Port naik 27 sen kepada RM5.28, United Plantations menokok 24 sen kepada RM27.04 dan Hong Leong Industries melonjak 20 sen kepada  RM15.30. 

Antara saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries turun 76 sen kepada RM30.74, Petronas Dagangan merosot 56 sen kepada RM21.54, Kuala Lumpur Kepong menguncup 26 sen kepada RM20.50 dan SAM Engineering & Equipment berkurangan 23 sen kepada RM4.08. 

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 rendah 75.90 mata kepada 11,764.74, Indeks FBM Emas susut 78.58 mata kepada 11,994.51, Indeks FBM Emas Shariah merosot 84.22 mata kepada 11,989.82, Indeks FBM Mid 70 rendah 114.05 mata kepada 16,822.57 dan Indeks FBM ACE menyusut 95.94 mata kepada 4,919.33.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 22.91 mata kepada 8,095.23, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 110.11 mata kepada 18,386.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 1.66 mata kepada 165.63 manakala Indeks Tenaga susut 0.15 mata kepada 760.85.

-- BERNAMA