4bulan ago
SHAH ALAM, 8 Sept (Bernama) -- UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan kukuh pada Ogos 2025 menerusi penghantaran sebanyak 9,083 unit kenderaan dan menjadikan 62,246 unit telah dijual setakat tahun ini.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin berikutan pengeluaran yang dijangka lebih rendah dalam minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki peningkatan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Isnin.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan meningkat sebanyak 0.47 peratus ketika pelabur menumpukan minat ke atas saham-saham syarikat bermodal besar selain seiring prestasi pasaran serantau.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dalam kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat dari Malaysia memperoleh jualan bernilai lebih RM125 juta termasuk RM13.6 juta dalam urus niaga disahkan semasa Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Afrika Selatan dan Kenya dari 1 hingga 5 September, 2025.
5bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka dalam julat lebih kecil minggu depan berikutan kekurangan pemangkin pasaran, kata peniaga komoditi itu, David Ng.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu depan kerana peniaga menahan diri daripada secara agresif memasukkan jangkaan pemotongan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selepas September.
5bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh pembelian tawar-menawar dan pengukuhan di pasaran minyak sayuran global, kata Ketua Penyelidik Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh berbaki untuk 2025 dengan andaian ekonomi tumbuh dalam julat rasmi 4.0-4.8 peratus selain inflasi kekal terkawal.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis yang pada peringkat awal terjejas apabila pedagang teknikal mengesan keadaan terlebih beli setelah bacaan Indeks Kekuatan Relatif (RSI) melebihi 70.