5bulan ago
KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd melancarkan Connect and Collaborate Vendor Roadshow di seluruh negara bermula minggu ini di Kota Kinabalu untuk membina ekosistem vendor yang lebih teguh dan berdaya saing di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus merupakan satu pencapaian penting dalam proses rundingan Malaysia yang amat menyeluruh dan sistematik, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menggiatkan pelaksanaan pelan strategik utama dalam kerangka Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk merangsang pertumbuhan industri pertumbuhan tinggi nilai tinggi dan sektor strategik.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan atau scam menjemput mereka membuat pendaftaran bagi inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) -- Johor berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM1.34 bilion daripada lima syarikat Singapura menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) meningkat kepada RM92.51 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM81.55 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Oxford Innotech Bhd mencatat kemunculan pertama yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada harga 36 sen yang juga premium sebanyak tujuh sen atau 24 peratus lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 29 sen.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya dua syarikat Bumiputera akan tersenarai di Bursa Malaysia menjelang akhir tahun ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal 4 (CMP4) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan datang bakal seiring dengan keutamaan semasa negara, termasuk Rancangan Malaysia Ke-13, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan inisiatif kerajaan yang lain.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia meneliti cadangan pemberian insentif kepada pelabur yang mengoptimumkan penggunaan pelabuhan tempatan, khususnya di Pulau Pinang dan Kuala Perlis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Paydibs, penyedia pembayaran digital tempatan kini secara rasmi dilantik sebagai pemeroleh pihak ketiga langsung bagi sistem pertukaran proses kewangan (FPX) oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), sekali gus menjadikannya antara10 pemeroleh bukan bank yang dihubungkan terus dengan infrastruktur FPX PayNet.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Indeks Teknologi Bursa Malaysia naik 0.04 mata kepada 52.36 manakala kebanyakan indeks sektoral lain kekal dalam wilayah negatif.