7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut sedikit pada sesi dagangan awal Selasa susulan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur masih ketara walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.
7bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila penglibatan AS dalam perang antara Israel dan Iran telah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti dolar AS, kata penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat ke paras sekitar US$85 setong dalam jangka masa terdekat, dipacu oleh risiko dari segi bekalan yang berpunca daripada perkembangan geopolitik terkini, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
7bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Ringgit dijangka terus bertahan dalam julat terhad minggu depan, berikutan peniaga dan pelabur akan kekal memantau perkembangan konflik ketenteraan di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd telah memeterai perjanjian konsesi mengenai perkongsian awam-swasta dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
7bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed, Durratul Ain Ahmad Fuad, Zufazlin Baharuddin dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Di tengah-tengah lonjakan harga minyak akibat konflik Israel dan Iran, persidangan Energy Asia 2025 yang baru berakhir ini mencapai kata sepakat bahawa minyak dan gas kekal menjadi elemen penting kepada campuran tenaga global semasa krisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Konflik Iran-Israel memberikan risiko ekonomi langsung yang terhad kepada Malaysia berikutan pendedahan perdagangan negara itu yang minimum terhadap rantau ini dan situasi sebelum ini menunjukkan kenaikan harga minyak berkaitan konflik biasanya bersifat sementara, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
7bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur kekal berhati-hati dalam keadaan konflik ketenteraan yang berterusan di Timur Tengah.
7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga dengan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ketika pelabur memilih untuk berada di luar pasaran, di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS bermula lewat hari ini.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah apabila susut 0.21 peratus kepada 97.979 mata berikutan ketidaktentuan yang memuncak, kata pakar ekonomi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit turun untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di hari dagangan terakhir minggu ini pada Jumaat berikutan peningkatan kebimbangan geopolitik memacu permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat.