3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat pertengahan (MTC) diseru untuk melabur dalam modal insan selain tumpuan kepada mesin atau teknologi bagi mengukuhkan daya saing global mereka, kata Presiden Kehormat Konsortium Syarikat-Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) Callum Chen.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- YTL Construction menerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan bagi kategori Pembinaan (Kendalian Bangunan) daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2024.
3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan di tengah-tengah sentimen bercampur-campur dengan faktor domestik yang kukuh terus menyokong unit tempatan manakala perdagangan global yang tidak menentu menjejaskan sentimen pasaran.
3bulan ago
JOHOR BAHRU, 17 Okt (Bernama) – Pengeluar motor elektrik automotif SHB hari ini telah membuka fasiliti pembuatan luar negara pertama di Zon Bebas Senai Airport City (SAC), dengan pelaburan sebanyak RM600 juta.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 17 Okt (Bernama) -- National Bioeconomy Showcase (NBiOSHOWCASE) 2025 menyasarkan lebih RM200 juta pelaburan dan urus niaga menerusi penganjuran Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2025 (IDECS25) di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak pada 22 dan 23 Okt ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh aspirasi dalam iklim kolektif ASEAN dengan meletakkan kelestarian dan tindakan iklim sebagai teras agenda serantaunya sebagai pengerusi ASEAN pada 2025.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) meminta negara-negara ASEAN untuk menyelaras peraturan, memodenkan grid tenaga dan mengukuhkan usaha kolektif ke arah peralihannya secara adil dan mampan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan peningkatan nilai program sukuknya daripada US$6 bilion kepada US$8.5 bilion (US$1=RM4.22).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Menteri-Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal tenaga dari Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura hari ini mengulangi komitmen mereka untuk terus meningkatkan perdagangan tenaga rentas sempadan secara pelbagai hala dalam ASEAN, susulan kejayaan Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) – Malaysia boleh memulakan pembangunan tenaga nuklearnya dengan menggunakan unit tenaga terapung (FPU) sebagai langkah awal ke arah mewujudkan kapasiti nuklear menjelang 2031, kata Pengarah Projek Rosatom Energy Alexander Tsibulya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melancarkan dana pelaburan Dana Iklim+ dengan sasaran penggunaan RM2 bilion untuk mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampu bertahan impak perubahan iklim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) memeterai perkongsian strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam memajukan landskap kewangan Islam.