Terdapat 3139 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Perdagangan Malaysia Naik 10.2 Peratus, Melepasi Paras RM2 Trilion Bagi Jan-Sept 2024

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2024 meningkat 10.2 peratus kepada RM2.139 trilion, melebihi aras RM2 trilion dalam tempoh  sembilan bulan berbanding 10 bulan pada 2023, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit dalam dagangan berhati-hati menjelang pembentangan Belanjawan 2025 hari ini, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal hari ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Minyak Kacang Soya CBOT Lemah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis susulan kelemahan dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis. 

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Khamis, disokong oleh pembelian semasa harga murah yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, khususnya melibatkan sektor produk dan perkhidmatan pengguna dan perindustrian, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Semasa Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat semasa sesi awal dagangan pada Khamis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Pembelian Sederhana Semasa Harga Murah

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila pembelian sederhana semasa harga murah muncul dalam kebanyakan saham wajaran tinggi yang diterajui oleh saham produk dan perkhidmatan pengguna serta perindustrian, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Pengurangan Kadar Faedah Global

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan pengurangan kadar faedah di peringkat global semakin memperoleh momentum dan Rizab Persekutuan AS dilihat teragak-agak untuk mengikuti trend itu. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Minyak Kacang Soya CBOT

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT) semalaman.

Ringgit Ditutup Tinggi, Disokong Sentimen Positif Menjelang Belanjawan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama yang lain hari ini, dipacu oleh sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan Jumaat ini, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.