BERITA TERKINI   Waktu bekerja syif bagi lima skim perkhidmatan kritikal KKM ditetapkan kepada 42 jam seminggu - JPA | Semua lima anggota polis terlibat kemalangan helikopter di Johor dalam keadaan stabil, masih dirawat di HSA - Pengarah KDNKA | ASEAN rancang mesyuarat prasidang kemuncak untuk selaras respons terhadap cabaran ekonomi global - Setiausaha Agung | Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM Anwar | Setiausaha Negara AS dan Menteri Luar China adakan pertemuan di luar AMM ke-58 di Kuala Lumpur | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.19 pagi, kontrak Oktober 2024 dan Disember 2024, masing-masing merosot 4.0 mata kepada 1,643.50 dan 1,636.0, November 2024 berkurangan 3.5 mata kepada 1,646.50 dan Mac 2025 susut 6.0 mata kepada 1,636.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,171 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,418 kontrak.

FBM KLCI meningkat 3.20 mata kepada 1,644.64 selepas 37 minit dagangan. 

-- BERNAMA