6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen peniaga yang terjejas berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tahun ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) akan terus meraih tarikan dalam kalangan pelabur, institusi dan pihak berkepentingan serantau.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, mengetepikan kelemahan mata wang G10 secara amnya apabila gabungan keyakinan domestik dan dorongan serantau menambah baik sentimen, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumum kerajaan baru-baru ini dijangka memberi kesan jangka pendek dan sederhana terhadap ekonomi negara khususnya dari segi penggunaan swasta, inflasi dan kedudukan fiskal, menurut Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB).
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari bagi sesi kedua berturut-turut pada Khamis, dipacu oleh keyakinan global dan pusingan terbaharu bantuan fiskal kerajaan yang menyebabkan pelabur kembali ke pasaran tempatan.
6bulan ago
PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan memperoleh pelaburan lebih RM63 bilion melalui Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) sehingga Mac tahun ini, dengan sebanyak RM5 bilion daripada sumber domestik dan RM58 bilion daripada sumber asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu meneroka sumber hasil baharu dan mampan untuk mengurangkan pergantungan pada hasil tidak menentu selepas pengumuman khas mengenai langkah-langkah sokongan fiskal baharu pada 23 Julai, kata Kenanga Investment Bank Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Penghargaan Khas yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telahpun mengambil kira keupayaan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pelan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 dilihat sebagai langkah positif untuk mengurangkan kos sara hidup dan menyokong penggunaan swasta dalam ketidaktentuan ekonomi global, menurut bank pelaburan.
6bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal disasarkan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu dijangka meningkatkan perbelanjaan dalam jangka masa terdekat, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah-langkah sokongan fiskal terkini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengukuhkan sektor pengguna di Malaysia dengan menggalakkan perbelanjaan dalam tempoh jangka pendek terutamanya bagi barangan keperluan dan runcit berasaskan nilai, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.